Dunia Instafamous popularkan Syifa Melvin

Iklan
SYIFA kini beralih ke bidang lakonan bagi melebarkan sayapnya dalam bidang seni.
MESKIPUN memiliki raut wajah persis seorang pelakon Syatilla Melvin, Syifa Melvin seboleh-bolehnya tidak mahu menumpang atau dibayangi populariti kakaknya.

Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin mengakui mahu berdiri di atas kaki sendiri dan juga mahu dikenali kerana bakatnya.

"Memang betul, ramai cakap saya lebih dikenali sebagai adik Syatilla.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya, saya terlebih dahulu dikenali di media sosial, ia bukan baharu.

"Ramai yang menyedari kehadiran saya melalui perkongsian tutorial dan video-video di laman sosial," ujarnya kepada Inspirasi Femina baru-baru ini.

Iklan

Anak kelahiran Parit Buntar, Perak itu telah memulakan kerjaya hiburan sebagai Instafamous dalam arena solekan sejak empat tahun lalu.

"Ketika itu usia saya baru 21 tahun dan sedang menuntut di Kolej Segi, Kota Damansara.

Iklan

"Saya bermula dengan video-video solekan, ada yang saya rakam dan juga dibuat secara langsung. Saya sendiri menjadi testimoni," katanya mengimbau cerita lalu.

SYIFA memiliki paras rupa mirip kakaknya yang juga pelakon terkenal, Syatilla (kanan).

Dengan nada yang ceria, anak ketiga daripada lima beradik itu memberitahu, beliau kemudiannya melangkah ke hadapan dengan membuat tutorial cara pemakaian tudung.

"Bermula dari situ, jumlah pengikut di Instagram semakin bertambah.

"Pada masa sama, saya turut berkongsi berkenaan rutin pemakanan seharian saya yang menitikberatkan keseimbangan dan kesihatan diri," ujarnya yang teruja apabila beliau kini memiliki 493,000 pengikut.

Selain terkenal sebagai Instafamous, Syifa juga bergiat aktif dalam dunia peragaan dan bertugas sebagai jurusolek artis dan juga pengantin.

"Memang tidak menang tangan dibuatnya. Lama-kelamaan saya mula berjinak-jinak pula dengan dunia lakonan. Boleh dikatakan, bidang itu membuatkan nama saya menjadi sebutan. Alhamdulillah.

"Ya, sebelum ini saya hanya dikenali dalam media sosial oleh kelompok tertentu, namun kini saya makin dikenali sebagai pelakon," katanya.

Kepelbagaian

Tatkala ditanya bagaimana beliau mengekalkan jumlah pengikut di laman Instagram, gadis cantik yang memiliki karakter mudah mesra itu memberitahu, beliau tidak akan sekali-kali berkongsi perkara yang sama di laman sosialnya.

"Saya kena pelbagaikan penceritaan, tutorial solekan masih diteruskan, cuma saya kini menumpukan kepada penulisan.

"Penulisan ini lebih kepada motivasi dan perkongsian pengalaman sendiri berkenaan cinta," ujarnya.

Selain itu, katanya, formula seterusnya ialah kena sentiasa aktif di laman sosial.

"Setiap hari wajib muat naik gambar atau instastory. Saya akan pastikan sehari empat kali atau paling minimum satu. Jangan diamkan diri sehingga seminggu tiada update," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama Bulan Di Kota Langit sebanyak 20 episod.

Berkenaan masa depan pula, ujarnya, beliau dan adik-beradiknya sedang mengusahakan perniagaan alat solek sendiri melalui jenama Kekasih by The Melvins sejak Mei lalu.

"Melalui jenama ini, kita sudah keluarkan dua pemerah bibir. Alhamdulillah, ia berjalan lancar," ujarnya.

SELAIN cantik, beliau juga berbakat dalam bidang solekan dan lakonan.


ANAK jati Parit Buntar ini mula dikenali melalui laman sosial, Instagram.

PROFIL

Nama penuh: Nur Syifa Athirah Amirol Melvin

Nama panggilan: Syifa

Tarikh lahir: 13 Januari 1994

Umur: 25 tahun

Asal: Parit Buntar, Perak

Bilangan adik beradik: Anak ketiga daripada lima beradik

Latar belakang pendidikan: Diploma Komunikasi dari Kolej Segi, Kota Damansara, Selangor.

Pekerjaan: Pelakon, model, pengacara

Status: Instafamous sejak empat tahun lalu

Nama Instagram: syifamelvin

Jumlah pengikut di Instagram: 493,000