FAM lancar bola sepak 'cara Malaysia'

Iklan
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) menandatangani Buku Pelancaran Majlis DNA Bola Sepak Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) melancarkan DNA bola sepak Malaysia, sebagai rujukan kepada semua pihak memahami corak dan gaya permainan mengikut cara pasukan negara.

Ia telah dilancarkan secara rasminya oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Iklan
Iklan

DNA bola sepak Malaysia yang juga dikenali sebagai ‘Cara Malaysia’ merupakan satu manifesto falsafah bola sepak negara termasuk sistem kejurulatihan yang sama untuk semua kumpulan umur, dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat elit.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal yang juga Pengerusi Teknikal FAM dan Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Remaja dalam ucapannya berkata, program itu meliputi cara yang memfokuskan etika berpasukan dengan menyerang sebagai sebuah pasukan dan bertahan sebagai satu unit.

Iklan

"Secara amnnya, DNA bola sepak Malaysia merupakan satu pelan tindakan kepada semua pihak, bagaimana cara bermain dengan gaya yang sama dan kesamaan dari kumpulan umur paling muda sehinggalah ke peringkat paling tinggi.

"Sasaran kami untuk melahirkan pemain yang benar-benar membawa DNA Malaysia pada 2030 selaras dengan kemuncak ‘Roadmap F:30’,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Teknikal FAM Peter de Roo menjelaskan bahawa, Cara Malaysia itu boleh dilihat dalam cara pasukan di bawah kendalian jurulatih negara Tan Chen Hoe bermain, yang mana mereka bergerak sebagai satu pasukan dalam perubahan dari pertahanan ke serangan dan juga bertahan secara keseluruhannya.

Katanya DNA itu merupakan asas kepada pembangunan pemain dan jurulatih.

"DNA bola sepak Malaysia akan melahirkan lebih ramai jurulatih berpengalaman dan meningkatkan standard pemain Malaysia ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Terdahulu Hamidin melancarkan DNA Bola Sepak Malaysia dengan menandatangani buku yang menjadi manuskrip falsafah bola sepak negara. - Bernama