KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gembira melihat kesungguhan ‘Raja Gigi’, V. Rathakrishnan, 37, yang bercadang untuk menarik pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines dengan gigi beliau pada April 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Saya bertemu dengan Encik Rathakrishnan petang tadi. Beliau memberitahu saya tentang rancangannya untuk menarik pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines menggunakan gigi pada April 2020 nanti di KLIA,” katanya menerusi laman Twitter dan Facebook beliau, hari ini.