Peguam terkenal hak asasi bela wartawan Filipina

Iklan
Amal Clooney

MANILA - Peguam hak asasi terkenal, Amal Clooney memaklumkan bahawa beliau akan menyertai pasukan untuk membela wartawan Filipina, Maria Ressa yang berdepan ‘penindasan’ Presiden Rodrigo Duterte.

Ressa yang dinamakan sebagai ‘Person of the Year’ oleh Time Magazine pada 2018 atas sumbangannya dalam bidang kewartawanan telah berdepan tuduhan jenayah.

Iklan
Iklan

"Beliau adalah seorang wartawan yang berani kerana membuat laporan yang menegakkan isu pelanggaran hak asasi manusia. Kami akan menggunakan kesemua saluran undang-undang yang ada untuk membuktikan hak Ressa dan kebebasan media serta kedaulatan undang-undang di Filipina,” katanya yang akan turut bekerjasama dengan pasukan undang-undang antarabangsa di Amerika Syarikat dan Britain.

Ressa ditahan sebanyak dua kali pada tahun ini selepas Duterte melabel laman web Rappler sebagai ‘rangkaian berita palsu’. - AFP

Iklan
Iklan