Jual isi durian: Pilihan kepada berpendapatan rendah
Iklan
Azman Nasrudin
ALOR SETAR - Usaha seorang pemuda yang menjual isi durian tanpa kulit di Sintok adalah satu alternatif kepada pelanggan yang berpendapatan rendah dan mahu menikmati keenakan raja buah itu.
Exco Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Kedah, Azman Nasrudin berkata, beliau melihat apa yang dilakukan oleh Mohd Izzuwan Ismail, 30, juga sebagai salah satu strategi pemasaran untuk menarik perhatian peminat buah tersebut.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun perkara itu sudah pasti akan mewujudkan persaingan dalam kalangan peniaga buah durian terutamanya di kawasan Kampung Changkat Setoi berkenaan.
"Setiap peniaga mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian pembelinya dan terpulang kepada pembeli untuk memilih kaedah yang mana satu. Saya melihat perkara ini sebagai salah satu daya tarikan kerana pembeli dapat melihat sendiri isi buah durian yang elok dan yang buruk diasingkan.
Iklan
"Seterusnya dia memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah dapat juga membeli pada harga yang berpatutan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Azman berkata demikian sebagai mengulas sikap jujur seorang peniaga yang menjual isi durian yang elok dengan harga RM25 sekilogram di jalan Kampung Changkat Setoi, Batu 15, Jalan Sintok sejak Aidilfitri lalu.
Iklan
Azman membaca kisah Mohd Izzuwan di dalam Sinar Harian hari ini yang menjual isi buah durian tanpa kulit dan mendapat perhatian ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga isi durian tanpa kulit diserbu peminat raja buah
Menurutnya, masih banyak peniaga yang menjual melalui kaedah timbangan isi durian bersama kulit namun terpulang kepada penjual asalkan kaedah boleh diterima pembelinya.
"Saya ingat perkara ini bukan satu isu yang besar dan kepada peniaga pula, keuntungan yang diperoleh biar berpada-pada. Bagi pemuda ini mungkin keuntungan yang diperolehinya kecil namun pelanggan berpuas hati dapat melihat isi buah durian tersebut," katanya.
Menurutnya, kebanyakan pelanggan sebelum ini tertipu terutamanya buah durian kampung kerana hanya dibuka sedikit kulit durian untuk menunjukkan isi namun di bahagian lain ada isi yang buruk ataupun keras.
"Buah durian klon pula, kualitinya mampu mencapai sehingga 95 peratus dan diakui oleh ramai pihak walaupun tidak membuka kulitnya," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam