KUALA LUMPUR - Isu prestasi syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB) merupakan antara yang dibangkitkan Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) dijadual mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk memulihkan prestasi MAB serta sejauh manakah keberkesanannya sehingga ke hari ini.