MELAKA - Keadaan banjir di Melaka semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkurangan kepada 153 orang melibatkan 36 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 260 orang daripada 66 keluarga, malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata hanya dua buah PPS yang terletak di daerah Alor Gajah masih beroperasi ketika ini.