Sabah juara Liga Premier 2019

Iklan
Pemain Sabah melambung ketua jurulatihnya, Jelius Tabias Ating (tengah) selepas pasukannya bejaya menundukkan pasukan UiTM FC dengan keputusan 1-2 dan menjadi juara liga sekaligus melayakkan ke Liga Super musim hadapan selepas tamat perlawanan Liga Perdana 2019 di Stadium UiTM Shah Alam, malam tadi. - Foto Bernama

SABAH berjaya menamatkan penantian 23 tahun tanpa trofi apabila mengesahkan kejuaraan Liga Premier 2019 malam tadi.

Kejayaan itu hadir apabila skuad kendalian Jelius Ating menundukkan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam sekali gus mengesahkan julangan trofi yang kali terakhir dijulang mereka pada 1996.

Iklan
Iklan

Dalam aksi tersebut skuad Tambadau bagaimanapun terpaksa bermandi peluh selepas ketinggalan 0-1 di babak pertama.

Bagaimanapun, bangkit di babak kedua, Sabah berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-57 selepas pengadil menghadiahkan penalti apabila bola terkena tangan pertahanan UiTM FC.

Iklan

Rodoljub Paunovic yang mengambil sepakan tersebut tidak berdepan masalah untuk menewaskan penjaga gol UiTM FC.

Gol kemenangan yang dicari-cari Sabah hadir sembilan minit selepas itu apabila Aguinaldo Mendes berjaya menanduk masuk bola sepakan sudut Ricco Nigel Milus pada minit ke-66.

Iklan

Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan Sabah yang kini mengumpul 40 mata tidak dapat dicabar mana-mana pasukan dengan hanya berbaki dua perlawanan sahaja lagi.