Dr Mahathir ulas jawatan baharu Najib

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR – Keputusan Barisan Nasional (BN) melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat parti membuktikan pembangkang mahukan semula khidmat bekas Presiden UMNO itu, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Nampaknya pembangkang mahukan Najib semula. Jadi, itu terpulang kepada mereka.

Iklan
Iklan

"Tapi, adakah rakyat akan menerimanya (Najib)? Itu hal lain,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ditanya, sama ada lantikan Najib menyuntik aura pembaharuan kepada BN, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu enggan mengulas lanjut.

Iklan

"Itu hal BN, kena tanya BN,” ujarnya.

Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Najib dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Iklan

Menurutnya, keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat malam tadi.

"Beliau akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti ini,” katanya.

Najib yang berkongsi surat pelantikan itu di laman sosial Facebooknya menulis,"Onnnnnn. Saya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN. Kita lawan PH bersama.Tumbangkan kerajaan yang hanya mementingkan kroni dan menyusahkan rakyat ini."

Mesyuarat semalam turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Kaa Siong, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan sayap Wanita, Pemuda dan Wanita UMNO.