KUALA LUMPUR – Lobi Parlimen ceria berbanding hari-hari sebelumnya ketika kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-94 hari ini.
Puluhan pengamal media teruja untuk menyanyikan lagu ‘happy birthday’ kepada Perdana Menteri yang disayangi.
Sejurus sahaja berakhir sidang media di lobi Parlimen, wartawan, jurukamera, juruvideo dan juga Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang turut sama menyanyikan lagu ‘happy birthday’.
ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan istimewa Anwar buat Dr Mahathir sempena hari lahir
Dr Mahathir tersenyum riang dengan nyanyian lagu tersebut dan menerima ucapan-ucapan manis daripada petugas media.
Seperti selalu, beliau yang sentiasa berjenaka memberitahu usianya baru 93 tahun bukannya 94 tahun.
"Saya punya (hari lahir) 20 Disember, jadi saya masih 93 tahun.
"Terima kasih banyak-banyak kerana mengucapkan hari jadi saya," ucapnya.