KUANTAN - Kerajaan Pahang mengambil keputusan mengekalkan had umur belia di negeri antara 15 tahun hingga 40 tahun.
Exco Belia, Sukan, NGO dan Sumber Manusia Pahang, Datuk Sri Mohd Johari Hussain berkata, kerajaan negeri menghormati pandangan dan keputusan Kerajaan Persekutuan dalam membuat keputusan pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 688) yang antara lain telah menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.
"Bagaimanapun, terdapat perbezaan dalam demografi di antara Pahang dengan Kerajaan Pusat serta negeri lain yang perlu diambil kira apabila membuat pertimbangan ini, terutamanya dari segi peralihan kepimpinan dan perancangan penggantian dengan mengambil kira aspek teras pembangunan belia dan mekanisme-mekanisme yang disediakan kepada belia dalam had umur tersebut.