Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah dibebaskan

Iklan
Razarudin Husain

IPOH - Exco Kerajaan Perak yang dikaitkan dengan siasatan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, tangkapan terhadap ADUN itu dilakukan susulan laporan polis yang diterima daripada mangsa berusia 23 tahun yang mendakwa dirogol di rumah majikannya di Meru, Jelapang.

Iklan
Iklan

"Pihak polis telah membuat tangkapan terhadap Exco berkenaan semalam dan juga membuat pemeriksaan doktor terhadap suspek bagi tujuan siasatan.

"Setelah selesai, suspek berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, berdasarkan bukti awal siasatan, polis mengklasifikan kes tersebut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Siasatan forensik dijalankan di tempat kejadian dan beberapa bukti telah diambil untuk dianalisa.

Iklan

"Percakapan beberapa saksi berkaitan termasuk ahli keluarga Exco berkenaan turut diambil," katanya.

Razarudin berkata, mangsa kini di tempat yang selamat setelah polis selesai merakam percakapannya selain menjalani pemeriksaan doktor.

"Polis menempatkan mangsa di tempat yang selamat sehingga kertas siasatan ini dirujuk ke pihak Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan timbalan pendakwa raya," katanya.

Difahamkan, Exco terbabit telah hadir bersama peguamnya yang juga ADUN daripada DAP ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 9 malam semalam untuk beri keterangan lebih sejam sebelum dibebaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Rogol pembantu rumah, Exco Perak ditahan