Warga Iraq dipenjara seumur hidup

Iklan
Warga Iraq, Ali Bashar (kanan) disabit bersalah merogol dan membunuh Susanna Maria Feldman dalam kejadian Mei tahun lalu.

WIESBADEN - Mahkamah Jerman semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang lelaki warga Iraq selepas disabit bersalah merogol dan membunuh remaja perempuan pada Mei tahun lalu.

Tertuduh, Ali Bashar, 22, merupakan seorang pencari suaka yang ditolak.

Iklan
Iklan

Kematian tragis Susanna Maria Feldman, 14, mencetuskan kemarahan ramai dan Parti Alternative for Germany (AfD) membawa kematian mangsa dalam kempen mereka untuk menentang polisi suaka Canselor Angela Merkel. - AFP