Kekalkan keharmonian kaum, agama: Gobind

Iklan
Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengajak seluruh rakyat Malaysia agar mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama yang dikecapi selama ini.

Menerusi catatan terbaharu di Facebooknya hari ini, Gobind berkata perkara itu adalah sumber kekuatan kepada kemajuan negara.

Iklan
Iklan

"Marilah kita bersama-sama mengekalkan hubungan yang harmonis antara kaum dan agama, dan mencari titik persamaan antara masyarakat.

"Mudah-mudahan persefahaman yang kita pupuk selama ini menjadi sumber kekuatan kita untuk menyumbang kepada kemajuan negara pada masa hadapan,” katanya.- Bernama

Iklan
Iklan