3 ejen penyeludupan warga Myanmar ditahan

Iklan
Narenasagaran

GEORGETOWN - Polis berjaya menumpaskan rangkaian sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia yang didalangi warga Myanmar (Rohingya) ke negeri ini, Jun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran berkata, dalam operasi khas pada 14 Jun lalu, polis menyerbu tiga buah lokasi dan berjaya menahan lima warga Rohingya iaitu dua ejen penyeludupan, seorang ejen pemalsuan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan dua mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi khas tersebut di tiga lokasi berasingan di Seberang Perai Utara setelah risikan dibuat beberapa minggu sebelum itu.

"Ketiga-tiga etnik Rohingya yang ditahan dipercayai terlibat dalam menguruskan penyeludupan masuk warga Myanmar ke negeri ini. Hasil daripada tangkapan itu, polis berjaya membongkar kegiatan memalsukan kad UNHCR dalam kalangan komuniti Rohingya.

Iklan

"Ketiga-tiga ejen yang ditangkap disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala dua mangsa tersebut, disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis akan terus menjalankan operasi khas selain mempertingkatkan usaha dalam membanteras sindiket penyeludupan migran ke negeri ini.

Iklan