PONTIAN - Setiap kenderaan yang mengisi petrol RM50 di stesen minyak di sini, RM1 akan disalurkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ali Haji Ahmad ( SDAHA) bagi sambutan jubli emas sekolah pada September nanti.
Pengetua SDAHA, Hamid Selamat berkata, pihak sekolah amat berbesar hati dengan kerjasama diberikan stesen minyak di Jalan Johor untuk membantu sekolah selepas pemiliknya melihat kain rentang kutipan dana sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan SDAHA.
Katanya, langkah terbabit selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu kerjasama lebih erat komuniti, masyarakat dan sektor swasta dalam pembangunan pendidikan negara.
"Dilancarkan pertengahan bulan lepas dengan sasaran RM20,000 akan dikutip. Ramai yang menunjukkan minat membantu kerana cara pengisian petrol sambil menderma ke sekolah ini belum pernah dilakukan di daerah ini.
"Pihak sekolah berharap dengan kaedah ini dapat merapatkan hubungan pihak swasta dan orang ramai dengan sekolah,” katanya di sini.
Jelasnya, terdapat kupon-kupon disediakan pihak stesen minyak kepada sekolah untuk diberikan kepada ibu bapa, penjaga dan guru-guru.
"Kemudiannya mereka akan ke stesen minyak terbabit, untuk mengisi sebanyak RM50, setiap pembelian minyak RM50, pihak sekolah akan dapat RM1.
"RM1 berdasarkan kupon yang diserahkan kepada pihak stesen minyak dengan masukkan token dalam kotak khas yang kemudiannya akan diserahkan kepada sekolah,” katanya.
Hamid menjelaskan sambutan jubli emas SDAHA cukup penting kerana bukan sahaja mengimbas penubuhan sekolah antara yang terawal di daerah ini tetapi meraikan kejayaan muncul sebagai sekolah penyayang.
"Dari sekolah bermasalah kepada sekolah penyayang pada tahun 2013, SDAHA telah melalui pelbagai pembaharuan sehingga menjadi antara institusi pendidikan yang terpenting di daerah ini.
"Pelbagai pihak tampil membuat lawatan ke sekolah bagi mengetahui bagaimana SDAHA menjadi sekolah penyayang,” katanya.