Tun Mahathir anugerah kepada Malaysia

Iklan
Tun Mahathir (empat, kanan) bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (tiga, kanan) hadir secara mengejut pada Wacana Sinar ke-53 pada 22 Mac 2018 lalu. – Foto Sinar Harian

KIRA-KIRA 18 bulan lalu, Sinar Harian menganjurkan Wacana Sinar ke-53 bertajuk Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?

Wacana itu mencetuskan pelbagai reaksi dan menjadi tular kerana ia membincangkan kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Ketika itu Tun Mahathir telah pun berusia 92 tahun.

Bagaimanapun, Tun Mahathir memperlihatkan kesungguhan dan kekuatan politiknya dalam membawa gabungan Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 lalu.

Iklan

Episod penglibatan Tun Mahathir dan komennya dalam Wacana Sinar ke-53 yang diadakan 47 hari sebelum PRU14 menjadi antara detik-detik politik yang paling diingati.

Setelah beliau menjadi Perdana Menteri buat kali kedua sejak 10 Mei 2018, Tun Mahathir membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menjadi pemimpin hebat.

Iklan

Hari ini Perdana Menteri tertua di dunia itu menyambut ulang tahun kelahiran ke-94.

Tun Mahathir tidak syak lagi adalah anugerah kepada Malaysia.

Sinar Online menayangkan semula video wacana tersebut.

Selamat Hari Lahir, Tun Mahathir!