Koperasi Macma bayar dividen sembilan peratus

Iklan
Chef Amann Teoh (kiri) memberikan panduan perniagaan kepada anggota yang hadir pada majlis tersebut.

KOTA BHARU - Seramai 55 anggota Koperasi Macma Kelantan Berhad (KoMacma) teruja apabila dikhabarkan bakal menerima dividen sembilan peratus bagi saham mereka dalam mesyuarat agung tahunan KoMacma yang pertama baru-baru ini.

Pengerusi KoMacma, Johari Yap berkata, walaupun pada awal tahun ini, pihak koperasi telah memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Macma Kelantan, namun keuntungan bersih yang dicatatkan oleh KoMacma adalah berjumlah lebih dari RM40,000.

Iklan
Iklan

"Sumbangan awal tahun adalah untuk membiayai operasi persatuan, serta sumbangan buah tamar kepada 13 buah sekolah pondok dan untuk madrasah dan maahad tahfi untuk sepanjang bulan Ramadan,

"Syukur Alhamdulillah, syarikat Tunas Duta Cemerlang Sdn Bhd (TDC) sangat banyak membantu pihak KoMacma dalam menjalankan perniagaan memasarkan susu kesihatan C2Joy yang permintaannya tidak pernah putus setakat ini.

Iklan
Iklan

"Komitmen yang diberikan oleh pihak TDC terutama daripada segi pengurusan serta latihan kepada pengedar susu kesihatan C2Joy ini merancakkan lagi jualan pihak kami,” katanya kepada Sinar Harian di sini.