Patut saya cuti hari ini, seloroh PM

Iklan
Ucapan terima kasih Dr Mahathir kepada rakyat Malaysia yang memberikan ucapan sempena hari lahirnya.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terharu dengan ucapan hari lahirnya yang ke-94 daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini, Dr Mahathir tidak menyangka reaksi yang ditunjukkan rakyat Malaysia begitu positif.

Iklan
Iklan

Malah ucapan selamat hari lahir turut ditujukan kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

"Sejak dari pagi tadi hingga ke petang, saya masih menerima ucapan dan kiriman doa sempena hari jadi saya hari ini. Saya amat terharu dan banyak-banyak berterima kasih kepada semua yang telah mengirimkan ucapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan istimewa Anwar buat Dr Mahathir sempena hari lahir

Iklan

"Memang saya gembira dan saya doakan mereka semua juga dipanjangkan umur serta berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan. Sepatutnya saya tidak bekerja hari ini," katanya berseloroh.

Pada akhir klip video tersebut, kelihatan Dr Siti Hasmah turut mengucapkan selamat hari lahir buat suaminya dan mendoakan agar beliau diberikan kesihatan yang unggul, dipanjangkan usia dan diberikan tenaga.

Iklan

"Cinta saya pada awak kekal bukan hanya untuk hari ini tetapi buat selamanya," katanya.

Sempena hari lahir yang ke-94, Dr Mahathir trending di laman sosial Twitter dengan hashtag #TunM94, di mana rata-rata rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan hari lahir buat pemimpin kesayangan ramai itu.

Selain di media sosial, ucapan selamat hari lahir turut dizahirkan secara terus kepada Ahli Parlimen Langkawi itu hari ini.

Nyanyian lagu 'happy birthday' ceriakan Parlimen

Tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir buat Perdana Menteri tentunya pengamal media yang sentiasa dekat dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.