Tiada masalah Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN

Iklan
Najib

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Keputusan melantik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) dilihat bertepatan dengan pengalaman bekas Pengerusi BN itu.

Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan berkata, Najib mempunyai pengalaman luas mentadbir negara dan mengemudi parti termasuk komponen.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lantikan tersebut bagi mengukuhkan kedudukan BN dan dari sudut moral ia tidak bermasalah kerana kes Najib masih dibicarakan dan pihaknya berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Jawatan penasihat boleh ditukar mengikut kesesuaian keadaan dan masa. Kalau penyokong Pakatan Harapan (PH) menyebut isu moral, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Umum PKR ketika di dalam penjara Sungai Buloh.

Iklan

"Berduyun-duyun pimpinan PKR termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menghubungi Ketua Umum PKR di dalam penjara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Shahir berkata, dari sudut politik populariti Najib meningkat naik apabila fitnah yang ditaburkan kepada beliau sebelum ini saban hari terbongkar sebagai fitnah jahat merosakkan imejnya.

Iklan

Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan Dewan Tertinggi BN sebulat suara memutuskan pelantikan itu.

Menurutnya, Najib akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti itu.

Najib turut berkongsi surat pelantikan itu di laman sosial Facebooknya dan menulis, ‘onnnnnn’

"Saya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN. Kita lawan PH bersama. Tumbangkan kerajaan yang hanya mementingkan kroni dan menyusahkan rakyat ini,” katanya.