BANGKOK - Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn berkenan meluluskan Kabinet awam baharu Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha susulan Pilihan Raya Umum pada 24 Mac lalu, menurut Warta Diraja hari ini.
Kelulusan itu dibuat susulan perbincangan selama beberapa minggu selepas Prayut dipilih oleh senator yang dilantik tentera dan ahli Parlimen yang dipilih rakyat dalam pemilihan tersebut.