TOKYO - Kapal angkasa Jepun, Hayabusa2 akan melakukan pendaratan terakhir pada asteroid Ryugu untuk mendapatkan sampel yang dapat memberi gambaran tentang evolusi sistem suria.
Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata, Hayabusa2 dijangka mendarat buat kali kedua hari ini di bawah misi penyelidikan kompleks itu yang turut menghantar kenderaan perayau dan robot pada permukaannya.