Exco Wanita Negeri Sembilan kutuk perbuatan lucah

Iklan
Nicole Tan Lee Koon

SEREMBAN - Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon mengutuk perbuatan seorang lelaki warga emas dipercayai terlibat melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sehingga video rakamannya tular dalam media sosial.

Nicole Tan turut menyifatkan perbuatan itu jijik selain menyeru kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

"Bagi kanak-kanak yang sudah besar sedikit, terangkan tentang muhrim mereka serta sentuhan yang 'dibolehkan' seperti bersalaman, bukannya belaian yang menimbulkan rangsangan.

"Ajar mereka bagaimana bereaksi apabila berhadapan dengan situasi tersebut. Galakkan mereka memberitahu kita serta-merta jika berlaku sesuatu yang tidak selesa atau luar daripada kebiasaan," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Bagaimanapun, Nicole Tan juga menyeru mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa perbuatan berkenaan digesa tampil membuat laporan.

Semalam, menerusi satu sidang media, polis menahan seorang lelaki warga emas selepas dipercayai terlibat dalam melakukan kelucahan melampau keatas seorang kanak kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam kereta miliknya pada Jun lalu sehingga video rakamannya tular.

Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisoner, Wan Rukman Wan Hassan berkata, lelaki berusia 65 tahun itu ditahan jam 9.20 malam Selasa di Lebuhraya Gopeng, Perak.

Katanya, suspek direman enam hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.