Pelantikan Najib langkah ke belakang

Iklan
Mohamed Nazri

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan, pelantikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) sebagai 'langkah ke belakang'.

"Kita (BN) kalah di bawah siapa? Apa bentuk nasihat yang dia boleh berikan kepada kita?" kata bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya mengenai perkara itu semalam.

Iklan
Iklan

"Saya rasa ia langkah ke belakang," katanya.

Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan keputusan sebulat suara Dewan Tertinggi BN.

Iklan

Ketika ditanya perkara sama, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dengan ringkas menjawab:"Tiba-tiba saya tidak suka di mana saya berada".- BernamaARTIKEL BERKAITAN: Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN

Iklan