Ainul Mardhiah belum boleh pulang

Iklan
Perkongsian di Instagram Nurul Erwani mengenai perkembangan Ainul.

LONDON - Keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 10 bulan, terpaksa membatalkan kepulangan ke tanah air selepas bayi istimewa itu didapati tidak sihat.

Memetik hantaran dalam Instagram milik Nurul Erwani Zaidi, 24, berkata anaknya tidak boleh dibawa pulang lagi kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan berada di dalam kapal terbang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8 Julai jam 9.30 malam waktu London dan dijangka tiba ke Malaysia pada 9 Julai jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Sebelum itu segala persiapan telah dilakukan dan doktor merawat Ainul pada 5 Julai telah membenarkan Ainul pulang ke Malaysia.

Iklan

"Saya memohon agar semua pihak mendoakan Ainul segera sembuh dan kuat.

"Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk Ainul," katanya.

Iklan

Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut di sebuah Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1juta itu, berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri.

ARTIKEL BERKAITAN Ibu bapa mahu bawa pulang Ainul secara rahsia