KUANTAN - Penduduk di empat taman di sekitar Kampung Tiram membantah tindakan pihak tertentu membina pemancar telekomunikasi yang berada kurang 30 meter daripada kediaman penduduk di Lorong Tiram Jaya, di sini.
Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata penduduk bimbang apabila menara pemancar setinggi 30 meter itu memberi impak kepada kesihatan orang ramai disebabkan terdedah dengan risiko radiasi.
Menurutnya, pihak berkenaan tidak langsung berbincang dengan penduduk untuk membina pemancar telekomunikasi itu dan hanya memasang papan tanda projek berhampiran laluan utama.
"Sepatutnya mereka perlu berbincang dengan penduduk untuk mendapatkan persetujuan terlebih dahulu seterusnya barulah memulakan pembinaannya.
"Penduduk di sini mendakwa mereka tidak tahu ia akan di bina di kawasan perumahan ini sehinggalah papan projek itu mula dipasang.
"Mereka juga kalau diikutkan tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan kerana tidak melebihi jarak 30 meter daripada kawasan perumahan,"katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, semalam.
Lebih 200 penduduk di Taman Tiram Jaya, Taman Shazlan, Taman Tiram Perdana dan Taman Tiram Aman menurunkan tandatangan bantahan dan telah menyerahkan kepada Adun Semambu untuk tindakan lanjut
Dalam pada itu, Chean Chung berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan bersama pihak kontraktor, Touch Matrix untuk mendapatkan jawapan bagi mengatasi permasalahan penduduk di sini.
Menurutnya, pihaknya berjanji akan menyelesaikan masalah ini sebaiknya dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
"Dengan pembinaan pemancar telekomunikasi itu, penduduk tahu mereka akan menerima internet yang lebih laju. Namun demi kesihatan sanggup menolak kemudahan itu,"katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan penduduk agar menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi memudahkan pengurusan bersama pihak kontraktor di samping menjamin keselamatan.
"Saya juga berharap agar penduduk membuat surat akuan sumpah membantah projek ini berlandaskan undang-undang supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin,"katanya.