Kerajaan timbang pandangan pinda Akta MKN: PM

Iklan
Tun Dr Mahathir - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan menerima banyak pandangan daripada pelbagai pihak berhubung pindaan terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagi menimbang dan memasukkan pandangan mereka, pindaan kepada Akta tersebut perlu ditarik balik.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau masih belum menetapkan tarikh pindaan terbaharu Akta MKN akan dibentangkan ke Parlimen.

"Kita dapati banyak pendapat yang berbeza dan undang-undang itu perlu dikaji untuk memasukkan idea-idea yang telah disampaikan kepada kita.

Iklan

"Saya tak berani jamin (bilakah pembentangan baharu), tapi secepat mungkin,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin menarik balik Rang Undang-Undang MKN, selepas ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada April lalu.

Iklan