Harapan tinggi kembalikan kegemilangan pasukan Kelantan

Iklan
Kafa. Gambar kecil: Wan Roslan Wan Hamat

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merakam ucapan tahniah kepada kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) 2019-2023 yang diterajui Wan Rahim Wan Abdullah.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Roslan Wan Hamat berkata, kepimpinan baharu yang dilantik minggu lalu itu diharap dapat menggalas tanggungjawab sebaik mungkin untuk membawa kembali kegemilangan sukan bola sepak Kelantan.

Iklan
Iklan

"Dalam masa yang sama, kerajaan juga berharap pemain dapat memberi tumpuan penuh kepada setiap perlawanan selepas ini bagi menunjukkan komitmen padu terutamanya kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong walau ke mana The Red Warrior (TRW) berjuang," katanya dalam satu sidang akhbar disini hari ini.

Wan Rahim Wan Abdullah yang mengalahkan Datuk Seri Amril Aiman Ab Aziz sekali gus diangkat sebagai pengganti Bibi Ramjani Illias Khan dilantik dalam Kongres Luar Biasa (EGM) di Pejabat Kafa, Sabtu lalu.

Iklan

Bibi Ramjani melepaskan jawatan presiden 18 Jun lalu selepas berdepan pelbagai cabaran dalam mengemudi TRW sejak dilantik pada September 2017.

Sementara itu, dalam pada itu, Wan Roslan berkata, kerajaan negeri bersedia bekerjasama dalam membantu membuahkan pelbagai idea dalam membangunkan lagi TRW untuk musim akan datang.

Iklan

"Walaupun Wan Rahim dan kerajaan negeri dilihat tidak 'sebulu', namun itu bukan halangan untuk mereka bekerjasama demi sukan nombor satu di Kelantan itu. Kita ketepikan politik, kita mesti profesional dalam hal ini," katanya.