80 murid terima sumbangan beg sekolah

Iklan
Sekitar Program Kembali Ke Sekolah yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja, hari ini.

KLANG - Kira-kira 80 orang murid berusia antara 8-16 tahun menerima sumbangan peralatan dan kelengkapan sekolah bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Kesemua mereka menerima sumbangan beg sekolah serta kelengkapan alat tulis dalam Program Kembali Ke Sekolah yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja.

Iklan
Iklan

Ketua AMK Kota Raja, Jestin Raj berkata, program berkenaan dianjurkan bertujuan membantu meringankan beban ibubapa yang mempunyai anak bersekolah khususnya di kalangan mereka berpendapatan rendah.

"Penganjuran program ini bertujuan memberi sumbangan beg sekolah berserta set alat tulis. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan gunting rambut secara percuma disediakan khas untuk para pelajar.

Iklan

"Dalam pada itu, program seumpama ini diharap dapat membantu meringankan bebanan ibubapa dari kalangan keluarga berpendapatan rendah atau B40.

"Walaupun terdapat beberapa pihak lain yang menganjurkan program sedemikian, namun ia tetap mendapat sambutan yang cukup hangat dari kalangan penduduk tempatan sekitar kawasan Kota Raja," katanya ketika ditemui di Dewan Masyarakat MBSA Kampung Teluk Meneguk, hari ini.

Iklan

Hadir sama, Timbalan Ketua AMK Kota Raja, Hazra Shahrizad Mohd Hayen dan Naib Ketua AMK Kota Raja, Mohd Helmi Mohd Hanip.

Dalam pada itu, Jestin berkata, AMK Kota Raja akan terus merangka inisiatif berkebajikan khususnya dalam membantu masyarakat dan komuniti kawasan itu.

"Kita berharap agar program seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan khususnya bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan," katanya.