Dakwaan rogol: DAP tunggu siasatan polis, kata Guan Eng

Iklan
Lim Guan Eng - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR – DAP masih menunggu siasatan polis berhubung dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia melibatkan salah seorang pemimpin parti itu di Perak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan bersependapat agar isu tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

Iklan
Iklan

"Saya telah minta DAP Perak menguruskan perkara ni dan beri laporan kepada saya.

"Pasa masa sama, saya telah bincang dengan Menteri Besar Perak (Ahmad Faizal). Kami, baik di peringkat parti atau pimpinan negeri, kita akan tunggu hasil siasatan polis,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Iklan

Walaupun diasak soalan berkali-kali, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan enggan mengulas lanjut sama ada individu tersebut perlu direhatkan atau tidak daripada tugas selaku Exco Perak.

Semalam, Exco tersebut dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Selasa.

Iklan

Pada 8 Julai lalu, polis Perak menerima satu laporan daripada seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun mendakwa dia dirogol di rumah majikannya di Meru Ipoh oleh majikan yang juga Exco Perak.

Bertindak atas laporan tersebut, polis menjalankan siasatan dengan merakam percakapan mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan.