JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Wilayah 2 (PPMW2) merampas sebanyak 35,600 batang rokok dari pelbagai jenama dalam satu serbuan di sebuah premis perniagaan di Gelang Patah, semalam.
Komander PPMW2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, bertindak atas maklumat, satu serbuan telah dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi yang disertai seramai tiga anggota bersama seorang pegawai.
Iklan
Iklan
Menurutnya, operasi berkenaan turut membawa kepada penahanan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 38 tahun.
"Hasil pemeriksaan, polis telah merampas sebanyak 178 karton pelbagai jenama rokok dipercayai diseludup bernilai RM10,735.
"Suspek yang ditahan juga gagal mengemukakan apa-apa dokumen menunjukkan cukai ke atas rokok yang ditemui itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Paul berkata, tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Markas PPMW2, Tampoi untuk tindakan selanjutnya.
Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.