Pekerja kilang ugut sebar video intim bekas isteri dijel

Iklan
Tertuduh mengelak daripada wajahnya dirakamkan petugas media di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM - Tindakan kejam seorang pekerja kilang yang mengugut untuk menyebarkan video intim bersama bekas isterinya membawa padah apabila Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam hari terhadapnya.

Keputusan tersebut dibuat Majistret Rini Triany Muhamad Ali selepas lelaki itu mengaku bersalah dan mensabitkannya terhadap kesalahan itu.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu Ahad lepas.

Tertuduh yang berusia 30 tahun itu turut didenda RM2,500 dan sekiranya gagal membayarnya, mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara tambahan selama dua bulan.

Iklan

Lelaki itu mengaku melakukan kesalahan itu terhadap bekas isterinya yang berusia 32 tahun di sebuah unit pangsapuri di Seksyen U16, di sini jam 7.30 petang pada Ahad lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Aisamuddin Abdul Rahman, mangsa mendakwa dirinya dirogol oleh bekas suaminya dan kejadian itu telah dirakamkan oleh tertuduh.

Tertuduh berulangkali telah mengugut untuk menyebarkan video tersebut sekiranya wanita tersebut enggan merujuk kembali sebagai isterinya.

Bagaimanapun, lelaki itu yang memakai baju T merah menolak dakwaan tersebut sebaliknya mengatakan dia telah mengadakan hubungan seks dengan bekas isterinya.

Justeru, Khairul Aisamuddin memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.

Tertuduh menerusi peguamnya, Nurul Ikrimah Mohd Raya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf.

"Tertuduh berniat untuk berbaik semula dengan bekas isterinya, namun dia tersalah cara," katanya.