SHAH ALAM - Hak mengundi wajar diberikan seluasnya kepada rakyat selari dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata, usaha memberikan hak mengundi kepada golongan 18 tahun dilihat sebagai konsep yang baik.
Iklan
Iklan
"Seboleh-bolehnya rakyat yang layak tidak kiralah sama ada di bandar atau luar bandar perlu diberikan hak mengundi kerana mereka berhak untuk memilih pemimpin yang diinginkan meneraju negara.
"Kalau kerajaan menghakimi atau mengadili kelompok-kelompok tertentu, ini tidak adil,” katanya pada Wacana Sinar ke-116 bertajuk Mengundi Umur 18 Tahun: Siapa Yang Untung? di sini hari ini.
AKAN MENYUSUL