Sembilan maut dua kereta api bertembung di Pakistan

Iklan
Dua kereta api bertembung di tengah Pakistan awal pagi ini dan meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa.- Foto Pakistan Tribune

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala lebih 60 yang lain cedera apabila dua kereta api bertembung di tengah Pakistan awal pagi ini, kata pihak berkuasa.

Seorang pegawai kanan kerajaan berkata, insiden berlaku di daerah Rahim yar Khan, wilayah Punjab apabila sebuah kereta api penumpang dari bandar Lahore merempuh sebuah kereta api barang yang berhenti di sebuah stesen.

Iklan
Iklan

"Sekurang-kurangnya sembilan mayat ditemukan dan 66 penumpang yang cedera dalam nahas terbabit dan dibawa ke hospital berhampiran," kata seorang pegawai polis tempatan, Omar Salamat kepada stesen televisyen, Geo News.

Menurut Salamat, tiga atau empat penumpang berada dalam keadaan kritikal.

Iklan

Rakaman televisyen menunjukkan enjin kereta api dan gerabak yang rosak teruk dan anggota penyelamat serta penduduk tempatan menggunakan alat pemotong logam dan kren berat.

Sheikh Rasheed Ahmed, menteri bertanggungjawab terhadap kereta api di Pakistan memberitahu stesen televisyen Aaj, siasatan telah dilancarkan bagi mengetahui punca nahas.- AFP

Iklan