Isu skandal: Amirudin serah siasatan kepada polis

Iklan
Amirudin

BATU CAVES - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengesahkan telah membuat laporan polis susulan tuduhan skandal mengaitkannya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita berdasarkan rakaman CCTV di sebuah hotel di Sandakan, 11 Mei lalu.

Beliau berkata, laporan tersebut dibuat oleh pegawainya semalam dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Iklan
Iklan

"Tiada sebarang perkembangan setakat ini. Lembaga disiplin parti juga belum mengambil keterangan berhubung isu fitnah ini," katanya selepas melawat mangsa ribut di Dewan Serbaguna Kampung Laksamana, hari ini.

Menurutnya, meskipun faham dengan asam garam politik namun menegaskan politik kotor dan fitnah harus dihentikan.

Iklan

"Politik kotor digunakan terhadap beberapa pemimpin untuk menjejaskan reputasi dan prestasi mereka. Ia juga usaha untuk mengganggu kestabilan politik.

"Si pelaku mungkin fikir cara ini berjaya merosakkan sesuatu parti namun pengalaman membuktikan rakyat menolaknya dan dibuktikan semasa pilihan raya lalu," katanya.

Iklan

Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua menjelaskan, perbuatan pelaku jelas mengingkari titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menolak politik kotor dan fitnah.

"Pelaku bukan hanya melanggar undang-undang malah melanggar norma masyarakat dan ingkar titah tuanku. Saya percaya ini bukan budaya kita tapi dilakukan mereka yang jijik dan tidak berperikemanusiaan.

"Setakat ini saya masih mampu senyum, menjalankan tugas seperti biasa dan fokus kepada pentadbiran. Keluarga juga faham dengan perkara ini," katanya.

Sejak kelmarin tular di Facebook mengaitkan Amirudin dengan seorang ADUN wanita negeri ini berada di hotel di Sandakan ketika pencarian CCTV dilakukan bagi mencari bukti kaitan video lucah mirip seorang menteri dan seorang individu yang mengaku terlibat dalam skandal berkenaan.

Susulan itu, ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli yang dikaitkan sebagai wanita berkenaan telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimeda Malaysia (SKMM) kerana fitnah tersebut mencemarkan kredibilitinya sebagai wakil rakyat dan pentadbiran kerajaan negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Juwairiya nafi hubungan dengan MB Selangor

Skandal dengan ADUN wanita, MB Selangor rujuk peguam