BILA anak tidak sihat, ibu pening memikirkan cara untuk memujuk si kecil itu untuk makan ubat. Pasti 'berperang' dengan sifat anak yang tegas menolak untuk makan ubat.
Ikuti cara ini untuk merangsang anak makan ubat dengan mudah:
1. Campur ubat bahan manis
Untuk kurangkan rasa tidak sedap anda boleh campurkan dengan madu, sirap dan sebagainya.
2. Bagi air digemari
Selepas anda suap ubat terus bagi air yang digemari oleh anak. Air ribena, susu, sup atau sebagainya. Ia dapat mengurangkan rasa tidak sedap dalam mulut anak.
3. Pakai picagari yang sesuai
Cari picagari yang sesuai dengan anak seperti plastik, saiz kecil dan ada muncung. Ia memudahkan anda untuk menyuap ubat dalam mulut anak.
4. Posisi duduk
Pastikan ketika anda memberi ubat anak berada dalam posisi duduk dan bukannya berbaring. Ini dapat mengelak risiko tersedak dan anak mudah untuk menelan.
5. Bina suasana gembira
Jangan takut-takutkan anak dengan ubat dan cuba memujuk mereka dengan mengatakan ubat sedap serta minta kakak dan abangnya berpura-pura makan ubat yang diberi. Melihat kakak dan abangnya makan pasti anak akan turut ingin mencubanya.
6. Bagi anak makan sendiri
Sediakan ubat dalam picagari dan bagi anak makan sendiri. Ketika picagari sudah berada dalam mulut ibu hanya perlu tekan sahaja.
7. Masukkan picagari antara gigi atau pada bahagian mulut. Elakkan masukkan picagari terlalu dalam bimbang akan tersedak dan muntah.