Polis siasat doktor palsu peroleh maklumat pesakit

Iklan
Noor Azman memeriksa barisan pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor hari ini.

HULU SELANGOR - Polis Selangor akan mengenal pasti sumber maklumat pesakit yang diperoleh seorang lelaki apabila menyamar sebagai doktor bagi melakukan gangguan seksual terhadap 21 wanita.

Perbuatan tidak senonoh lelaki berusia 39 tahun itu terbongkar apabila polis Selangor menerima tiga laporan berhubung kes tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azman Jamaluddin berkata, tempoh reman dua hari yang berakhir hari ini selepas suspek ditahan di sebuah hotel di Klang kelmarin akan disambung bagi membantu siasatan.

Menurutnya, suspek bekerja sebagai pemandu lori dan sudah berumahtangga itu menyasarkan wanita yang menjalani pemeriksaan kesihatan bagi syarat permohonan perkahwinan.

Iklan

"Pihak polis masih melakukan siasatan untuk mengetahui di mana suspek mendapatkan maklumat dan nombor telefon pesakit berdasarkan keterangan mangsa.

"Tiga daripada mangsa adalah di negeri ini dan pemeriksaan telefon milik suspek yang dirampas kelmarin tidak menjumpai sebarang bahan lucah," katanya kepada media pada Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, hari ini.

Iklan

Sinar Harian semalam melaporkan modus operandi suspek yang memperkenalkan diri sebagai doktor akan menghubungi mangsa kononnya untuk memaklumkan keputusan pemeriksaan kesihatan dilakukan mangsa.

Mangsa akan diberitahu kononnya mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kanser payu dara, masalah darah, ketulan di payu dara dan sebagainya.

Menerusi panggilan telefon itu, suspek arahkan mangsa berbaring sambil berpusing ke kiri dan kanan serta mencangkung sambil menggosok kemaluan.

Mangsa juga diarah menepuk buah dada, membuat bunyi terangsang sambil bercakap kata-kata lucah.