Polis pandang serius pendidik terlibat keganasan

Iklan
Ayob Khan Mydin Pitchay

ALOR SETAR - Penglibatan tenaga pengajar dalam penyebaran ideologi militan di negara ini dipandang serius oleh kerajaan dan akan ditangani habis-habisan sehingga ke akar umbi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sekiranya gejala berkenaan tidak dibendung dari awal, ia akan mengundang bahaya dan menggugat kesejahteraan negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain kawalan daripada pihak polis, institusi berkaitan seperti pengurusan sekolah, IPTA dan IPTS juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mengatasi masalah terbabit.

"Ia memang satu isu yang serius, kalau ada unsur penyebaran fahaman selain daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, mereka perlu maklum kepada pengurusan terlebih dahulu.

Iklan

"Kemudian pihak pengurusan perlu maklumkan kepada pihak jabatan agama dan seterusnya kepada pihak polis agar kita dapat pantau dan ambil tindakan sewajarnya," katanya ketika ditemui di Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz di sini hari ini.

Menurutnya lagi, dalam usaha membanteras kumpulan militan di negara ini, faktor ideologi perlu diberi penekanan.

Iklan

"Kalau kita boleh mengalahkan mereka secara fizikal, tapi kalau secara ideologi kita tak dapat nak bendung, sampai bila-bila tak akan habis ancaman ni," katanya.