Suspek utama kes penipuan umrah YBNT akhirnya dicekup

Iklan

KEMAMAN - Selepas hampir dua tahun menyembunyikan diri, suspek utama kes penipuan umrah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) yang membabitkan kerugian lebih RM4 juta kepada lebih 300 guru pada 2016 akhirnya berjaya dicekup polis di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, suspek berusia 31 tahun itu berjaya ditangkap di rumah sewanya kira-kira jam 11 pagi hari ini sebelum dibawa ke Kuala Terengganu untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Iklan
Iklan

"Kita berusaha mengesan suspek yang dikehendaki ini selama setahun lebih dan Alhamdulillah pada jam 11 pagi tadi kita berjaya menahannya dan akan dituduh i mahkamah pada Ahad ini.

"Dalam kes ini sebanyak 66 kertas siasatan dibuka melibatkan lebih 300 mangsa dan suspek menggunakan modus operandi menawarkan pakej umrah secara bersubsidi atau murah," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Kemaman, petang tadi.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban sebagai Ketua Polis Daerah itu dan memangku pangkat Asisten Komisiner Polis.

Menurutnya, suspek turut menggunakan surat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang ditandatangani pengarah jabatan itu untuk mempengaruhi guru supaya menyertai pakej umrah berkenaan dan mendorong mangsa membayar deposit sebanyak RM3,000 seorang.

Iklan

"YBNT juga membuka pejabat mereka di Kuala Terengganu tetapi ia tidak didaftarkan. Suspek sebelum ini pernah direman dari 27 Disember 2016 hingga 21 Januari 2017 bagi membantu siasatan kes itu dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan Pegawai Pendakwa Negeri.

Bagaimanapun suspek selepas itu dikatakan menghilangkan diri menyebabkan polis memburunya namun suspek sentiasa bergerak serta menukar tempat persembunyian dan meloloskan diri setiap kali serbuan polis dilakukan.