Sisa kebakaran gerai Jalan Masjid India dibersihkan

Iklan
Longgokan sisa 30 gerai yang musnah terbakar 21 Mei lalu dibersihkan hari ini. - FOTO FB DBKL

KUALA LUMPUR - Sisa 30 tapak gerai yang musnah terbakar di hadapan kompleks Wisma Yakin di Jalan Masjid India 21 Mei lalu dibersihkan, hari ini.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak polis selesai menjalankan siasatan di lokasi tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerja pembersihan dilakukan Team Bahagian Flying Squad dan Unit Kawalselia Bahagian Alam Sekitar Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL.

Ia turut disertai Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja, Pejabat Cawangan Bukit Bintang dan Alam Flora Sdn Bhd.

Iklan

Sisa gerai yang musnah terbakar di Jalan Masjid India 21 Mei lalu dibersihkan hari ini. - FOTO FB DBKL

"Tindakan pembersihan dijalankan setelah mendapat pelepasan daripada jabatan yang berkaitan.

Iklan

"Jabatan bomba dan pihak polis telah selesai melakukan siasatan di tapak, tindakan pembersihan dilakukan selepas mendapat kebenaran pengurusan tertinggi DBKL,” katanya dalam kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook DBKL, hari ini.

Terdahulu, lebih 30 gerai di hadapan kompleks Wisma Yakin di Jalan Masjid India di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 1.30 pagi, 21 Mei lalu.

Kebakaran membabitkan kawasan perniagaan berkeluasan kira-kira 2,000 kaki persegi (185.5 meter persegi).