Kenalan Trump cabul gadis muda

Iklan
Aktivis membawa gambar kenalan Presiden Donald Trump, Jeffrey Epstein yang didakwa merogol gadis muda sekitar tahun 2000.

WASHINGTON - Seorang lagi mangsa eksploitasi seks jutawan Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein tampil membuat pengakuan dirinya dirogol lelaki terbabit semasa dia berusia 15 tahun.

Dakwaan itu dibuat Jennifer Araoz semasa ditemu bual NBC News.

Iklan
Iklan

"Dia (Epstein) rogol saya. Dia rogol saya secara paksa," kata Araoz.

Epstein ditahan di Paris, Perancis pada Sabtu lalu atas dakwaan pemerdagangan seks di kawasan New York selepas disusuli dakwaan-dakwaan mencabul gadis muda sekitar tahun 2000.

Iklan

Jutawan terbabit merupakan seorang yang mempunyai banyak kenalan termasuk Presiden Donald Trump dan bekas Presiden Bill Clinton.

Epstein juga antara penyumbang dana terbesar Trump semasa kempen Pilihan Raya Presiden yang lalu.

Iklan

"Saya merayu dan memintanya untuk berhenti. Tetapi dia terus merogol saya," ujar Araoz.

Sekurang-kurangnya 30 gadis tampil mendakwa menjadi mangsa serangan seksual selepas diperdaya Epstein.

Epstein yang pernah melakukan seks dengan perempuan bawah umur termasuk berusia 13 tahun berjaya mengelak pendakwaan persekutuan dalam kes berkenaan menerusi perjanjian rayuan pada 2007.

Di bawah perjanjian tersebut, Epstein mengaku bersalah atas pertuduhan terlibat dengan pelacuran dan dikenakan hukuman 18 bulan penjara. - Agensi