Saya masih Exco, tak ada sebab untuk berehat: Paul Yong

Iklan
Paul Yong hadir bertugas seperti biasa.

IPOH - Exco DAP Perak, Paul Yong Choo Kiong yang disiasat atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia hadir menjalankan tugas seperti biasa di pejabatnya di Aras 1 Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Beliau tiba sekitar jam 9.15 pagi tadi diiringi ADUN Buntong, A Subramaniam dan peguamnya, Leong Cheok Keng dengan berpakaian sut berwarna kelabu.

Iklan
Iklan

Media difahamkan, ADUN Tronoh itu mahu menyelesaikan beberapa perkara penting berkaitan urusan kerajaan negeri yang tertangguh sejak kes berkenaan dilaporkan, Selasa lalu.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, tiada sebab untuknya 'berehat' daripada menjalankan tugas Exco memandangkan perkara itu belum dapat dibuktikan kebenarannya dan ia masih di peringkat awal siasatan.

Iklan

"Tiada apa yang berlaku kepada saya, jadi tidak perlu bertanya sama ada saya boleh meneruskan kerja atau tidak.

"Saya masih Exco... sebaik-baiknya kita serah kepada polis jalankan siasatan dan saya sendiri yakin profesionalisme polis, apabila siasatan selesai dan dapati bersalah, maka bersalah.

Iklan

"Jika tak bersalah, tidaklah... biar masa menentukan segala-galanya," katanya.

Paul Yong ketika ditemui media, pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco Perak akan direhatkan jika siasatan polis ambil masa: Ahmad Faizal

Semalam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak menolak kemungkinan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru itu akan direhatkan daripada tugasan pentadbiran jika siasatan polis mengambil masa yang lama.

Ia termasuklah menghadkan tugas terutama yang berkaitan dengan membuat keputusan bertujuan tidak mahu mengganggu proses siasatan.

Mengulas perkara itu, Paul Yong berkata, pihaknya bersedia untuk direhatkan sementara daripada tugas sekiranya siasatan kes berkenaan betul-betul memerlukan tempoh lama.

"Kita pun tak tahu kes ini boleh berlanjutan untuk berapa lama, kalau betul (lama) sudah pasti beliau (menteri besar) akan nasihatkan saya," katanya.

Berhubung penangguhan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco Perak, beliau berkata, ia bukan satu ketetapan kerana tempoh lantikan Exco secara automatik adalah sepenggal.

"Boleh jika kerajaan negeri nak aturkan (angkat sumpah) setiap tahun, jika tidak pun, tak mengapa kerana memang tempoh untuk Exco sepenggal," katanya.

Paul Yong (duduk) tetap menjalankan tugas selaku Exco.

Terdahulu, lebih 20 pengamal media berkumpul di hadapan pejabat Paul Yong sejak jam 8 pagi.

Beberapa barisan Exco Kerajaan Perak daripada DAP turut kelihatan masuk ke pejabat berkenaan antaranya, Dr Abdul Aziz Bari, Howard Lee Chuan How, Wong May Ing dan A Sivanesan.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah dibebaskan

Isnin lalu, seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun membuat laporan polis Isnin lalu, mendakwa dicabul majikannya yang juga Exco Kerajaan Perak sehari sebelum itu di sebuah kediaman di Meru, Jelapang, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dilaporkan berkata, pembantu rumah warga Indonesia itu kini ditempatkan di lokasi selamat sehinggalah kertas siasatan mengenainya dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Timbalan Pendakwa Raya.