KANGAR - Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pemilik kebun mempelam harumanis di negeri ini supaya tidak lupa membayar zakat hasil jualan mereka yang memberi pendapatan lumayan.
Beliau berkata walaupun zakat dikenakan bagi hasil tanaman makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti tanaman padi di negara ini, namun Majlis Fatwa Negeri Perlis menetapkan hasil jualan mempelam harumanis juga wajib dibayar zakat kerana pemilik kebun harumanis lebih berada (kaya) daripada penanam padi.