Pas selesa bersama Gagasan Sejahtera, kesatuan ummah

Iklan
Orang ramai tidak melepaskan peluang bersalam dengan Ahmad di Medan Ilmu hari ini.

KOTA BHARU - Gagasan Sejahtera dan penyatuan ummah (UMNO-Pas) dilihat lebih baik untuk menjadi 'rakan' Pas, berbanding PH yang kini semakin bercelaru.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerjasama antara Pas dan rakan-rakan strategik sedia ada sudah mencukupi untuk persediaan berdepan PRU15 nanti.

Iklan
Iklan

"PH sendiri pun memang bermasalah, buat apa pelawa kita masuk. Kita sudah ada Gagasan Sejahtera dan kesatuan ummah, kita ada program yang kita rangka untuk ditawarkan kepada rakyat, lain daripada parti lain.

"Insya-ALLAH kita yakin apa yang kita ada ini lebih baik daripada apa yang PH ada walaupun dia memerintah, ini berlaku selepas landskap PRU14.

Iklan

"Kita gagasan dan kesatuan ummah adalah lebih baik dan kena pada tempatnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat sesi kedua di Medan Ilmu di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PH Kelantan, Datuk Husam Musa yang mempelawa Pas menyertai PH dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian semalam.

Iklan

Pelawaan tersebut bukanlah pertama kali dilakukan Husam, selain berpendapat tindakan menghidupkan kembali UMNO adalah tindakan sia-sia yang dilakukan Pas ketika ini.

Mengulas perkara tersebut, Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, terpulang kepada Husam untuk memberi pendapat namun Pas sudah mempunyai acuan sendiri yang sesuai dengan keadaan semasa.