LANGKAWI - Langkawi SkyCab dan SkyBridge akan ditutup kepada umum pada 17 Julai bagi memberi laluan kepada Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) 2019.
PLSB, pengendali Langkawi SkyCab kereta kabel yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Mat Chinchang yang tingginya 713 meter, memaklumkan latihan tahunan itu akan diadakan bersama agensi-agensi penyelamat yang terdapat di pulau peranginan ini.