Macau Scam: Suri rumah rugi RM20,000

Iklan
Noorzainy

KEPALA BATAS - Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM20,000 dipercayai diperdaya sindiket Macau Scam semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 56 tahun itu dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki berkenaan memaklumkan kononnya mangsa mempunyai akaun telefon dengan syarikat tersebut.

"Pada mulanya mangsa menafikan dakwaan lelaki tersebut namun panggilan tersebut telah disambungkan kepada seorang lelaki lain yang mengaku pegawai polis.

Iklan

"Suspek mendakwa, terdapat kes dadah dan pengubahan wang haram yang dibuat di atas nama mangsa.

"Suspek meminta mangsa memindahkan wang kononnya ke akaun pegawai juruaudit Bank Negara Malaysia untuk tujuan siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, mangsa yang takut ditahan pihak berkuasa bertindak membuat empat transaksi ke akaun tersebut berjumlah RM20,000.

"Mangsa hanya sedar ditipu sindiket Macau Scam setelah dia memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya sebelum membuat laporan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.