Dia kalau boleh mahu saya kahwin sahaja: Soo Wincci

Iklan
Dr Soo Wincci

PENYANYI Dr. Soo Wincci mengakui di sebalik kejayaan yang diraihnya selama ini, terlalu banyak cabaran yang dugaan yang dilaluinya.

Biarpun ada kalanya dia sendiri berasa tidak mampu untuk melalui kesukaran tersebut, namun dalam masa yang sama ia menjadi penyuntik semangat untuk berusaha lebih keras bagi mengatasi apa sahaja masalah yang ada di depan.

Iklan
Iklan

"Orang mungkin nampak seperti segalanya mudah bagi saya. Namun di sebaliknya itu ramai yang tidak tahu betapa saya melalui fasa jatuh bangun dan struggle sepanjang perjalanan saya untuk meraih apa yang di peroleh ini.

"Bukan sahaja tentang wang ringgit, tetapi banyak perngorbanan yang telah saya lakukan termasuk berjauhan dengan keluarga demi menggapai cita-cita saya yang ingin menimba ilmu setinggi yang mungkin, selain impian untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang muzik di luar negara.

Iklan

"Mengenangkan susah payah itu, saya sentiasa ingatkan diri agar sentiasa fokus dan bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang dilakukan dari sekecil perkara sehinggalah yang besar,” ujarnya.

Tambah Soo Wincci, 34, atau lebih mesra disapa sebagai Wincci, pernah satu ketika dia berdepan konflik dengan kedua ibu dan bapanya yang berat hati untuk membenarkannya melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Berklee, Valencia, Sepanyol.

Iklan

Malah katanya, dia mengambil masa yang agak lama untuk memujuk dan meyakinkan mereka tentang hasrat untuk menambah ilmu mencari pengalaman di luar negara.

"Memang pada mulanya keluarga terutamanya bapa saya, tidak menyokong hasrat saya untuk sambung belajar dalam bidang muzik di Sepanyol.

"Bapa tidak mahu saya susah-susah dan berjauhan dengan keluarga lagi. Dia kalau boleh mahu saya kahwin sahaja. Namun saya seorang yang keras kepala dan tekad dengan apa yang saya mahukan dalam hidup saya.

"Berdebat jugalah dengan bapa sampai dia merajuk. Tapi lama-kelamaan dia OK, apatah lagi bila nampak saya bersungguh-sungguh dan tidak hanya bercakap saya,” luah Wincci yang baru sahaj menamatkan pengajian dalam bidang Master in Music Production, Technology & Innovation dan Post Master Fellowship Degree in Live Music Production.

Terdahulu sebelum itu, dia yang juga bekas bekas Miss World Malaysia 2008/2009 ini juga

memiliki Ijazah Undang Undang dari University of Reading, United Kingdom, Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia.

Akui Wincci sepanjang dua tahun menyambung pengajian, dia juga bekerja secara sambilan di sebuah studio untuk menampung kos kehidupannya di sana.

"Kalau tak kerja, memang saya takkan cukup duit untuk menampung perbelanjaan di sana. Jadi saya tidak kisah untuk bekerja, asalkan ia tidak mengganggu jadual belajar saya.

"Kalau ikutkan penat, memanglah. Tapi kalau tidak berusaha keras macamana kita nak dapat hasilnya.

"Terbaru saya telah mendapat tawaran daripada Universiti yang terkenal di Sepanyol iaitu University of Polytechnic untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD yang kedua dalam bidang Artistic Produksi,” katanya kepada Sinar Harian.