Anak Rhoma Irama serah diri kes dadah

Iklan
Ridho Irama diarah menjalani hukuman tambahan lapan bulan penjara oleh Mahkamah Agung Indonesia.

JAKARTA - Penyanyi Ridho Rhoma iaitu anak kepada Raja Dangdut Indonesia, Rhoma Irama menyerah diri kepada pihak berkuasa republik itu hari ini bagi menjalani hukuman tambahan lapan bulan penjara kerana kesalahan berkaitan dadah.

Mahkamah Agung Indonesia awal minggu ini memutuskan Ridho, 30, perlu kembali ke penjara.

Iklan
Iklan

Pada 2017, Ridho dijatuhkan hukuman 10 bulan bulan penjara selepas ditahan polis di Daan Mogot, Jakarta Barat kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 0.7 gram.

Ridho turut diarah menjalani rawatan pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah (RSKO) Cibubur selama enam bulan 10 hari.

Iklan

Dia dibebaskan pada Januari 2018, namun Mahkamah Agung memutuskan untuk menambah hukumannya kepada setahun dan enam bulan penjara,

Pejabat Pendakwa Raya Negeri Jakarta Barat sebelum ini telah menghantar surat panggilan sebanyak tiga kali kepada Ridho meminta penyanyi itu menjalani baki hukuman penjaranya. - Agensi

Iklan