Mummy semakin tak sabar: Juliana Evans

Iklan
CHE PUAN JULIANA EVANS. Foto: INSTAGRAM

PENGACARA dan pelakon, Che Puan Juliana Evans telah berkongsi perasaannya yang bakal menimang cahaya mata sulung pada bila-bila masa sahaja lagi.

Menerusi luahan yang di buat di akaun Instagram miliknya, isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj mengakui berada berdebar dan teruja kini.

Iklan
Iklan

"38 weeks. 66 kg.

"Bila-bila masa sahaja lagi si kecil. Mummy semakin tak sabar menanti.

Iklan

"Hormon saya sekarang ini bercampur aduk dengan rasa berdebar dan teruja kerana akhirnya kami bakal bertemu dengan anak kecil kami yang telah tercipta untuk membawa segala-galanya kepada saya.

"Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk melaluinya dan memastikan diri saya berada di dalam tenang.

Iklan

"Kami tak sabar untuk berjumpa dengan anak awak dan ini mungkin ini adalah gambar memakai pakaian mengandung terakhir saya," ujarnya.

Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin pada April 2017.