Erra, Shahir putus cinta

Iklan
Shahir Zawawi dan Erra Fazira

SETELAH pelbagai khabar angin yang diperkatakan tentang hubungan cintanya dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sebelum ini, akhirnya Erra Fazira mendedahkan hubungan mereka sudah berakhir.

Menurut Erra sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan, dia dan Shahir telah membawa haluan masing-masing sejak Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan ALLAH itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

"Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun ALLAH tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” katanya dipetik dari laporan tersebut.

Iklan

Bagaimanapun pengacara program Talk Show Mingguan Wanita ini tidak berkongsi tentang punca perpisahan mereka, sebaliknya menganggap apa yang berlaku kerana tiada jodoh antara mereka.

Dalam perkembangan lain, Erra bakal ke Tanah Suci pada hujung bulan ini untuk menunaikan ibadah Haji.

Iklan